Sunday 29 April 2012

Tragedi Pagi Ahad


WAKTU : Pagi dlm pukul9.
TEMPAT : Belakang rumah-hospital.


Let the story begin. Bangun pagi dengan semangat nak mandi dan belajar. Bila dah bangun tidur, relaxlah kejap kan. Ibu nak mandi dulu, so biarlah ibu mandi dulu. Nak tunggu ibu mandi, on9 lah kejap. Tiba2 sakit perut, terpaksalah ketuk bilik air suruh ibu cepat sikit. Bila ibu dah keluar, aku pun masuk. Kat dalam bilik air, aku main pistol air adik aku. Just for fun. Bila dah sudah mandi, dah siap pakai seluar, sambung on9. Melayan youtube, facebook on tapi macam takda apa. 

Adik yang kecik 2org tu main basikal. Ntah macam mana diorang boleh main sampai belakang rumah. Ibu dah terjerit-jerit tak bagi main kat belakang. Diorang wat tak tau je. Still main walaupun ibu tak bagi. Ibu dah suruh aku tengok budak2 ni tapi mcm malas. Malas nak bangun. 

Tiba2 dengar suara adik wan menjerit. Ingat jatuh atas jalan, tapi dalam longkang. ibu pun dah panik gila, cari kunci pintu. bila dah keluar, ibu terus angkat adik. aku terus amik adik dari ibu. kepala adik dah penuh darah. rashid yg main basikal dgn adik wan, terus letak basikal kat hujung jalan nak lari kat adik wan, tapi aku jerit suruh pergi depan. masa tu muka rashid dah takut. ibu xperasan kepala adik wan dah berdarah. aku nak tenangkan adik tapi dia menjerit2 sakit. ibu bila nampak darah,dah panik gila. terus amik adik, bawa pergi depan. ibu dah nangis2 masa tu. aku pergi basuh tangan yg penuh dgn darah baru pergi depan. ibu suruh cari ayah. masa tu ayah pergi pasar, beli barang dapur, phone xbawa. aku xtau nak cari macam mana. separuh gila aku masa tu. call afiq, xangkat. kol azwan pun xangkat. ape aku nak buat lagi. jiran sebelah, Cik Su xde. bertambah buntu. bila dengar ibu nangis minta tolong, uncle and aunt sebelah keluar. aunt suruh uncle tolong hantar pergi hospital. aku pun xcakap banyak, amik adik kat ibu, suruh ibu salin baju. ibu paling risau pasal adik. yelah, mak mana yang xsayang anak, sejahat mana pun anak tu, tetap anaknya. phone mmg dah ada dlm seluar, tinggal sarung baju je. ibu xsempat nak bawa phone, aku xsempat nak bawa begduit. dah panik gila, ape pun xingat. yang ingat, nak adik aku okay. 

bila dah sampai hospital, aku terus bawa adik pergi emergency. ibu tunggu luar. bila dah baring kan adik atas katil, nak tunggu bagi rawatan punyalah lambat. aku risaukan adik aku. kepala dah berapa banyak keluar darah. aku still kuatkan adik aku yg baru nak masuk 5tahun 3minggu lagi. dia nak nangis, aku xbagi. tapi aku yang nangis tgk dia. masa tengah beri rawatan, adik wan tahan sakit nak menangis tapi aku ttp xbagi. bila doktor bius dahi dia yg koyak tu, dia dah start nangis. mau xsakit, berapa bnyk kali die cucuk. dah la kt tempat koyak tu. kesian adik. dah bius, dia nampak okay. tapi nampak org tu pgg benang, die dah menjerit2 xnak jahit. aku dah cuba tenangkan dia, tapi ttp nangis jugak. org tu dah suruh aku keluar. aku pun keluar. masa tu hati risau yang amat tinggalkan budak tu sorg2 dalam emergency. ibu kt luar dah xduduk diam. bila dah sudah, hantar pergi xray. kat tempat xray, dia ckp belakang kepala dia sakit. aku tgk, koyak lagi. aku tanya, knpe adik xckp dgn doktor. aku bawa g emergency balik. dia suruh pergi xray dulu. yelah, ikut jelah ape dia cakap. panggil ibu suruh g tmpt xray. ibu yg bawa adik masuk xray. masa tunggu keluar, ayah sampai. ayah terus marah aku. okay, fine. salah aku. aku xtgk adik main basikal. bila dah xray, ayah dukung adik pulak. bawak g emergency. aku ckp, belakang kepala ada luka lagi. elak kena jahit lagi. 

now, ayah teman adik. aku dgn ibu tunggu luar. tiba2 dgr suara adik wan menjerit. comfirm jahit. bertambah risau aku dgn ibu. bila dah sudah, ayah keluar sorg. adik nak ibu masuk. ayah suruh aku pergi beli air milo untuk budak kecik tu. okay, macam2 kaw minta ye budak. berlari dari emergency pergi kedai kt belakang. nasib bukak. beli lah milo dgn air soya aku sekali. haus kot. berejam tunggu. dah beli, aku pun masuk bagi adik air. budak kecik tu nampak dah tersenyum2. aku yang risau pasal dia. then, keluar, duduk dgn ayah. ayah tgh pening, mana nak cari pau. budak kecik ni request mcm2. mentang2 sakit. ayah pun pergi cari pau. sampai ke simpang pasak ayah cari. aku duduk sorg2 kt luar. bosan teramat sgt. tiba2 ibu bawa adik keluar, budak ni nak buang air. aku pun angkat dia. bawa g toilet. toilet laki tgh renovate. mane nak pergi ni. ibu pun suruh, masuk aje toilet perempuan. aku pun bawaklah budak ni. dah selesai, hantar balik kat emergency. time ni, die dah ketawa2. geram je aku tgk. aku risaukan dia, dia ketawa2. tunggu doktor cek adik, lambat sikit. sbb doktor tu tgh rawat org kene tembak. koma org tu masa hospital nk bawa g jb. semoga dia xde apa2 lah ye. bila dah selesai cek, ibu g amik ubat. ayah dukung adik n aku jalan sorg2. kat dlm kereta, punyalah sombong budak kecik ni dgn aku. mentang2 ayah dgn ibu ada. 

bila dah sampai umah, dia dah mula aktif. eish budak ni. xreti duduk diam2. now, dia tgh tidur. kesian aku tgk. tidur terpaksa pusing kiri. yg koyak dahi sebelah kanan n belakang kepala sebelah kanan. okay, cukuplah. malas nak menaip lagi. penat. apa2, tanya kt FB je. gambar akan diupload nanti untuk kenangan, tp upload dlm fb.

sekian.


Moral : Tak kira lah abang ke, kakak ke, ibu n ayah sekali pun, kena jaga n perhatikan adik2 / anak2 anda semasa mereka bermain. pastikan tempat mereka main, selamat. 








1 comment:

  1. aiishh , dahsyt juga adik awk nie ekk ?
    bdy , take care always...

    * especially abg /kakak tuh.. tengok adik.. hihi :/

    ReplyDelete