Friday 1 June 2012

Hang Out Malam Jumaat ..



Lama dah tak menaip ni kan. tiba2 rajin pulak nak menaip. 

Cuti sekolah 2minggu mmg membosankan. xtau apa aktiviti nak dibuat. nasib lah minggu depan penuh dgn kem dan bengkel. xde lah mase terbuang mcm tu je kan. 

setiap malam jumaat, tv3 mesti lah citer seram, Amukan Pocong, baru semalam aku tgk. best pulak. sambil2 tgk tu, on facebook and skype skali. skype lah dgn si akk ni. bile dah pukul 11 gitu, si akk ni nak tgk tv. nanti sambung balik. oklah. off lah kan. tiba2, nuar kol ajak kuar lepak. ok gak. dah la bosan kt umah. off skype and FB. siap2 salin suar jeans yg dah lame xreti nak basuh. tapi pakai berape kali sangat, kene kan dengan t-shirt yg ibu belikan. dressing just untuk g lepak, dgn rambut xberminyak, bdan xberperfume. nak lepak je kan, buat ape nak style sgt. bila dah naik kereta, pergi isi minyak, si alep ckp naik JB. oh my, duit brape ringgit sgt aq bawak, sbb ari tu dah hang out dgn Cik Nurrul Hazieqah. layan ajelah. nak pergi minum2 aje katenye.

on the way to take paan at taman ape tah umah dia, dekat dgn jusco lah yg pntg. tunggu si paan ni bersiap giler lambat. dgn minyak wangi 1botol. abg market lah katekan. haha. bila paan dah masuk kereta, nuar mulakan perjalanan, alep disebelah on FB gune phone, paan FB gune ipad, azim tido n aq duduk diam2. bila paan xnk on FB lg, die bagi alep gune ipad die. si alep update status, otw g susur bla bla bla.. 

first destination pusing2 bandar jb. mencari lorong2 untuk tgk maknyah n others. haha. bongok giler lah. after that, masuk the zon, pusing2 n kuar. lepak tepi laut depan bazar karat. xsangka ada port lepak. aku baru tau port tu. seram pun ad kot. sbb atas laut, xde penghadang. kalau jatuh, mati lemah lah kau situ. haha. dah puas bertenggek kt situ, paan ajak blah. so, naik kereta, jalan tah mane2. 

pergi..........port bapok n pondan. haha. xboleh blah giler. 3-4 kali pusing situ. dr jauh dressing punye lawa, bile tgk depan, muke kambing lg lawa. adoi. xleh blah. Allah dah bg jadi laki, nk jadi pompuan. nasib lah nak. paan xpyah citer lah, xde selera lngsung nak kacau. haha. ad sekali ni, bapok ni boleh berjoget atas jalan. ko ingt disko ape ? hah giler ? kang ad mampus kene langgar. pakai dah la mcm bongok je. muke jantan abis. errrr. nk muntah pun ad bile aku tgk kw tau ! 

ade sorg lagi ni, pakai baju ketat n suar dalam je. errr. kw ingat aku selera dgn kw ? mmg xlah kan. ntah mcm mane, si paan kuar kepala, jerit ape tah. si bapok ni pun try nk pikat dgn bukak suar dlm die tu kt tgh2 jalan. bapak bodoh giler lu. aku xnmpk sbb time tu aku tgk depan. haha.

after that, pergi minum kt tebrau. lepak2 kt sane smpai pukul 3pg. aq minum nes ais 2cawan, roti telur 2pinggan. kelaparan. haha. ok, dah puas lepak. jom balik. paan stay situ dgn member die. 

lepak jugak lah kan lepak smpai pagi ni. tp xreti2 pulak nk tido bila dlm kereta. sampai saujana, ada roadblok. cepat2 pkai seatbelt. haha. bila dah smpai kt abg polis tu, aq buat2 bgon tido. grrrr.. haha. 

lbih kurang pukul4 pg sampai umh. gitu2 gini2 n tido. 


-the end- 






Sunday 29 April 2012

Tragedi Pagi Ahad


WAKTU : Pagi dlm pukul9.
TEMPAT : Belakang rumah-hospital.


Let the story begin. Bangun pagi dengan semangat nak mandi dan belajar. Bila dah bangun tidur, relaxlah kejap kan. Ibu nak mandi dulu, so biarlah ibu mandi dulu. Nak tunggu ibu mandi, on9 lah kejap. Tiba2 sakit perut, terpaksalah ketuk bilik air suruh ibu cepat sikit. Bila ibu dah keluar, aku pun masuk. Kat dalam bilik air, aku main pistol air adik aku. Just for fun. Bila dah sudah mandi, dah siap pakai seluar, sambung on9. Melayan youtube, facebook on tapi macam takda apa. 

Adik yang kecik 2org tu main basikal. Ntah macam mana diorang boleh main sampai belakang rumah. Ibu dah terjerit-jerit tak bagi main kat belakang. Diorang wat tak tau je. Still main walaupun ibu tak bagi. Ibu dah suruh aku tengok budak2 ni tapi mcm malas. Malas nak bangun. 

Tiba2 dengar suara adik wan menjerit. Ingat jatuh atas jalan, tapi dalam longkang. ibu pun dah panik gila, cari kunci pintu. bila dah keluar, ibu terus angkat adik. aku terus amik adik dari ibu. kepala adik dah penuh darah. rashid yg main basikal dgn adik wan, terus letak basikal kat hujung jalan nak lari kat adik wan, tapi aku jerit suruh pergi depan. masa tu muka rashid dah takut. ibu xperasan kepala adik wan dah berdarah. aku nak tenangkan adik tapi dia menjerit2 sakit. ibu bila nampak darah,dah panik gila. terus amik adik, bawa pergi depan. ibu dah nangis2 masa tu. aku pergi basuh tangan yg penuh dgn darah baru pergi depan. ibu suruh cari ayah. masa tu ayah pergi pasar, beli barang dapur, phone xbawa. aku xtau nak cari macam mana. separuh gila aku masa tu. call afiq, xangkat. kol azwan pun xangkat. ape aku nak buat lagi. jiran sebelah, Cik Su xde. bertambah buntu. bila dengar ibu nangis minta tolong, uncle and aunt sebelah keluar. aunt suruh uncle tolong hantar pergi hospital. aku pun xcakap banyak, amik adik kat ibu, suruh ibu salin baju. ibu paling risau pasal adik. yelah, mak mana yang xsayang anak, sejahat mana pun anak tu, tetap anaknya. phone mmg dah ada dlm seluar, tinggal sarung baju je. ibu xsempat nak bawa phone, aku xsempat nak bawa begduit. dah panik gila, ape pun xingat. yang ingat, nak adik aku okay. 

bila dah sampai hospital, aku terus bawa adik pergi emergency. ibu tunggu luar. bila dah baring kan adik atas katil, nak tunggu bagi rawatan punyalah lambat. aku risaukan adik aku. kepala dah berapa banyak keluar darah. aku still kuatkan adik aku yg baru nak masuk 5tahun 3minggu lagi. dia nak nangis, aku xbagi. tapi aku yang nangis tgk dia. masa tengah beri rawatan, adik wan tahan sakit nak menangis tapi aku ttp xbagi. bila doktor bius dahi dia yg koyak tu, dia dah start nangis. mau xsakit, berapa bnyk kali die cucuk. dah la kt tempat koyak tu. kesian adik. dah bius, dia nampak okay. tapi nampak org tu pgg benang, die dah menjerit2 xnak jahit. aku dah cuba tenangkan dia, tapi ttp nangis jugak. org tu dah suruh aku keluar. aku pun keluar. masa tu hati risau yang amat tinggalkan budak tu sorg2 dalam emergency. ibu kt luar dah xduduk diam. bila dah sudah, hantar pergi xray. kat tempat xray, dia ckp belakang kepala dia sakit. aku tgk, koyak lagi. aku tanya, knpe adik xckp dgn doktor. aku bawa g emergency balik. dia suruh pergi xray dulu. yelah, ikut jelah ape dia cakap. panggil ibu suruh g tmpt xray. ibu yg bawa adik masuk xray. masa tunggu keluar, ayah sampai. ayah terus marah aku. okay, fine. salah aku. aku xtgk adik main basikal. bila dah xray, ayah dukung adik pulak. bawak g emergency. aku ckp, belakang kepala ada luka lagi. elak kena jahit lagi. 

now, ayah teman adik. aku dgn ibu tunggu luar. tiba2 dgr suara adik wan menjerit. comfirm jahit. bertambah risau aku dgn ibu. bila dah sudah, ayah keluar sorg. adik nak ibu masuk. ayah suruh aku pergi beli air milo untuk budak kecik tu. okay, macam2 kaw minta ye budak. berlari dari emergency pergi kedai kt belakang. nasib bukak. beli lah milo dgn air soya aku sekali. haus kot. berejam tunggu. dah beli, aku pun masuk bagi adik air. budak kecik tu nampak dah tersenyum2. aku yang risau pasal dia. then, keluar, duduk dgn ayah. ayah tgh pening, mana nak cari pau. budak kecik ni request mcm2. mentang2 sakit. ayah pun pergi cari pau. sampai ke simpang pasak ayah cari. aku duduk sorg2 kt luar. bosan teramat sgt. tiba2 ibu bawa adik keluar, budak ni nak buang air. aku pun angkat dia. bawa g toilet. toilet laki tgh renovate. mane nak pergi ni. ibu pun suruh, masuk aje toilet perempuan. aku pun bawaklah budak ni. dah selesai, hantar balik kat emergency. time ni, die dah ketawa2. geram je aku tgk. aku risaukan dia, dia ketawa2. tunggu doktor cek adik, lambat sikit. sbb doktor tu tgh rawat org kene tembak. koma org tu masa hospital nk bawa g jb. semoga dia xde apa2 lah ye. bila dah selesai cek, ibu g amik ubat. ayah dukung adik n aku jalan sorg2. kat dlm kereta, punyalah sombong budak kecik ni dgn aku. mentang2 ayah dgn ibu ada. 

bila dah sampai umah, dia dah mula aktif. eish budak ni. xreti duduk diam2. now, dia tgh tidur. kesian aku tgk. tidur terpaksa pusing kiri. yg koyak dahi sebelah kanan n belakang kepala sebelah kanan. okay, cukuplah. malas nak menaip lagi. penat. apa2, tanya kt FB je. gambar akan diupload nanti untuk kenangan, tp upload dlm fb.

sekian.


Moral : Tak kira lah abang ke, kakak ke, ibu n ayah sekali pun, kena jaga n perhatikan adik2 / anak2 anda semasa mereka bermain. pastikan tempat mereka main, selamat. 








Sunday 1 April 2012

Bukan Rezeki Aku




Selama 5tahun aq mewakili sekolah dalam olahraga, tahun lepas dan tahun ni bukan rezeki aq untuk menang. Aq dah buat yg terbaik, tp tak dapat. 6orang lelaki 18, aq sorang je yg tak dapat pingat. Tak apelah, dah lepas kan. Sukan sekolah ada, kat U nanti pun ada. Mula dari sekarang, aq mesti berusaha dan terus berusaha. 2tahun kalah bukan penamat bagiku. Jadikan sebagai 1semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Biarlah ape orang nak cakap, mulut masing2. Ape2 pun, terima kasih kat Cikgu Esham. Hanya dia yang faham aq, dia yang bagi semangat, dia yang tenangkan aq. Terima kasih cikgu. 

Hari ni dah 1april, 5april pertandingan pidato. Skrip baru 50% hafal. Eishh, bila lah nak hafal 100% ni. Tak ape, sehari kalau berlatih sungguh2, insyaAllah boleh. Terima kasih kat Cikgu Mahnita yg beri kepercayaan pada aq untuk mewakili sekolah dalam pidato. Aq akan berusaha dgn bersungguh sungguh untuk pergi ke tahap yang lebih tinggi. Manalah tau, olahraga tak ade rezeki, rezeki pada pidato ke. Usaha dulu, baru tawakal. Set dalam minda, Pidato Piala Kementerian Pelajaran Malaysia milikku. InsyaAllah. 

Balik drpd pidato nanti, latihan bola sepak. Masa ni lah nak kena aktif. Tapi, pelajaran jgn lupa. Ini pun dah banyak tinggal. Ya Allah, kuatkan lah aq untuk mengejar pelajaran2 yang dah tertinggal. Usaha pasti berjaya. Tahun ni nak SPM. Dah tak boleh nak main2 lagi, kene fokus pada pelajaran. Ibu dgn ayah sentiasa di hati, peneman setiap masa. Duit tak boleh nak gembirakan mereka, so, gembirakan mereka dgn kejayaan kita. Jangan dah berjaya, lupa diri, lupa ibu ayah, lupa asal usul. 

Semoga Berjaya buat Muhamed Norle Bin Rosli ! i can do it ! 

*okay, dah. xtahu nak tulis ape lagi.






Friday 24 February 2012

now, i'm seventeen..



alhamdulillah. semalam genap lah umur aq 17tahun. syukur alhamdulillah sbb Allah dah beri aq hidup selama 17tahun ini. semoga umurku dipanjangkan lagi untuk meneruskan kehidupan yang mencabar ini dgn penuh keberkatanMu Ya Allah. 

macam xpercaya dah 17tahun. begitu cepat masa berlalu. makin lama usia makin meningkat, hidup makin mencabar. semoga aq berjaya tempuh segala liku2 hidup ini dgn cahaya Ilahi. 

ape2 pun, terima kasih pada semua rakan2 yg wish sama ada msj, kat sekolah ataupun fb. 

orang yg pertama wish aq ialah siti khairani (my ex), kedua ialah hazieqah (kawan masa sukan dulu), ketiga pula my lovely mom, keempat ialah shahira affifa (shafa). semua wish dgn msj. yang bestnye, ibu yg kat bawah, tinggal serumah pun wish guna msj. hehe. lepas dah siap2, pergilah sekolah. sampai je sekolah, tiba2 nafeesa lari kat aq and wish. dia orang yg kelima wish aq. after that, masuk lah kelas letak barang2, khairani suruh mira bagikan hadiah kat aq. btw, thanks awk. macam2 ada dalam kotak tu. hehe. kat sekolah ramai jugak lah yg wish. thanks semua. balik dari makmal fizik, ada coklat kat atas meja aq. sapa pulak lah bagi ni. rupanya adik aq bagi. bertuah punya adik, kt rumah xnak bagi. thanks dik. coklat sedap kau bagi kat aq eh, biasa kedekut gila. lain kali bagi lagi tau! haha. 

habis waktu sekolah, aq xbalik rumah. saja2 stay kat sekolah. dah lepas kelas tu, pergi kantin beli air mineral dengan alan. xsangka bila lepak dengan dia, habis basah baju. xada tepung dengan telur, air mineral pun jadi eh lan. btw, aq happy. hehe. budak2 petang pun ada jugak yg wish aq. thanks. stay lah dekat library dengan abin. nafeesa and shafa pun ada. shafa bagi aq oreo. sedapnya. mentang2 awk tau kita suka oreo, bagi oreo ea. thanks awk. and awk jugak ada bagi sehelai kertas yg bertulis happy birthday and bla bla bla. paling aq ingat, shafa tulis 'selamat meniti hari tua mu'. wah, macam tua sangat je aq ni, baru 17 kot. huhu. ape2 pun, terima kasih sangat2. 

dekat pukul 6 jugak baru balik rumah. dah sampai rumah tu siap2 lah mandi semua. nak pergi surau sembahyang berjemaah and baca yasin sekali. malam jumaat lah katakan. elok baca yasin. aq ingat nak ajak erwan tapi takut dia sibuk kerja. alih2 dia yg ajak pergi surau. wah, dah lama xjumpa kawan baik aq ni. after baca yasin, dia ajak pergi beli burger. hadiah hari lahir aq katanya. thanks wan. walaupun rm2.20 je burger daging tu, tapi kenyang bila makan. after makan burger, dia bawak aq jalan2 naik motor. dah lama xberjalan. nak hilangkan tension aq katanya. yelah, dah lama kitorg tak keluar. dah la jalan pusing2 taman, pergi kg. kelantan, lalu jalan besar nak masuk kota mas, tak pakai helmet. slumber giler! haha. best kot.

dah puas berjalan, dia hantar aq balik rumah. sampai kt rumah, ayah and ibu baru balik keje. awal pulak balik malam ni. biasa lambat. ayah suruh ewan masuk rumah dulu, xbagi balik. haha. suruh makan lah tu. masuk2 rumah, aq terus sembahyang isyak sbb masa beli burger tu, orang dah sembahyang isyak kat surau. siap je burger, orang sembahyang pun nak habis. huhu. selesai sembahyang isyak, buat sujud syukur kejap. syukur sbb Allah masih beri peluang untuk teruskan kehidupan. turun je bawah, semua nyanyi lagu birthday. dah berapa tahun aq xcelebrate masa birthday. nak nangis pun ada masa tu. terharu sangat. kenapalah ibu and ayah susah2 habis duit beli kek dengan kfc. cukuplah dengan ucap selamat je, aq dah gembira. apa2 pun, terima kasih ayah dan ibu. seronok tengok family makan, ewan pun makan jugak. dah kena paksa dgn ayah, baru nak makan. haha. aq jelah yg kekenyangan makan burger tu. lepas tu, syafiq molok datang rumah, nak jumpa ewan. aq, ewan and syafiq lepak lah kat depan rumah. syafiq masa tu tengah makan coklat cadburry. bila ewan bagitau birthday aq, si syafiq terus suruh aq makan coklat tu. hadiah dari dia lah konon nya. apa2 pun, thanks bro. sebelum ewan dengan syafiq balik, diorang wish lagi. 

aq xakan lupa kenangan birthday aq tahun ni. tapi hari ini, 24 februari merupakan ulangtahun kelahiran arwah atuk yg paling aq sayang. masa sembahyang jumaat tadi, teringat kan arwah. rindunya aq kat arwah. kalau lah arwah ada lagi sekarang ni, mesti malam ni ayah and ibu sambut birthday untuk aq dengan arwah macam masa dulu. tahun ni tahun kedua arwah pergi. semoga bak, mak dengan pakcik atan dirahmati Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang baik. dah lama xmasuk rumah arwah. maklumlah, dah dikunci atas sebab2 keluarga. rumah tu lah tempat aq membesar, tempat aq bermain dan tempat aq lihat dan kucup wajah2 arwah bak, mak dan pakcik atan buat kali terakhir. jiran sebelah rapat dengan arwah. ada satu hari tu, jiran sebelah bermimpi jumpa arwah bak. dia jumpa arwah bak dekat sebuah rumah yang besar macam istana. dia cerita, muka arwah masa tu cantik sangat, berseri-seri, baju yg arwah pakai pun lawa. muka arwah masa berdiri depan rumah tu, tersenyum. after dengar cerita tu, aq pergi jumpa ustaz tuan za. tanya pendapat ustaz. ustaz cakap, arwah dalam keadaan bahagia dan gembira dekat sana. betapa senang dan gembiranya hati aq masa tu. dah hampir dua tahun berlalu, genggaman tangan arwah masih dapat aq rasa. kalau hari ini, bak masih ada lagi, mesti aq gembira sangat. apa2 pun, aq akan doakan yg terbaik buat arwah. kita jumpa di sana nanti ya. 

kenangan tahun ni xakan aq lupakan. terima kasih pada semua yang wish and yg bagi hadiah. 

now, i'm 17 and i will take SPM this year. wish me luck ! :)





Tuesday 21 February 2012

AMKMJ FC , the top team of the year !





dah lame rasanya xmenulis. entri pasal kem pun still tergantung, ntah bila nak siapkan, aq pun xtau. haha. biar kan ajelah. now, teringin tulis entri pasal pertandingan bola sepak 8sebelah semalam.

AMKMJ, nama team jauzian. merepek repek punya nama. nak tau apa disebalik abjad2 tu ? 
Ali Mamak Kader Maqbul Jauzila. haha. tulah nama team kami. walaupun nama team kami mcm bodoh2 je, tapi team ni lah yg paling top of the year kt tun habab. team ni kot paling kuat. tgk main bodoh2 je, tp team work kami sgt kuat. lupa pulak nak bgtau ahli2 pasukan. Sufi (keeper), azlan, nasir, norle, khalis, rahmad, haziq, nazirul naufal, azwan. 

kitorg dapat group B, 1group dgn team hadi, daus arifin n hafiz nordin. not bad lah kan team diorg. boleh tahan hebat. first match group B lawan team hadi. masa match ni, kitorg bnyk kene serang n menyerang. rahmad hampir2 buat gol tapi sayang sekali bola kena palang. xpe rahmad, teruskan usaha. good job ! kena serang pun bahaya jugak sbb masing2 still tengah panas badan n seram sejuk lagi. seriusly, sufi mmg terbaik. banyak save. keputusan seri 0-0 sampai ke wisel penamat.

match seterusnya lawan team hafiz nordin. team dia pun bole tahan kuat. tapi serangan diorg xlepas pertahanan kami. lepas pun bola melayang tinggi. haha. kira pertahanan AMKMJ ni kuat jugak lah kan. tapi aq penat giler, change side n backup kiri kanan. bola sampai kt kaki aq, aq xpikir banyak lah kan, terus je clear. nasib lah bola tu ke mane pun. haha. sampai ke wisel penamat, AMKMJ mng 1-0. 1gol je ? kitorg main mcm main petang2. main gelak2, ketawa2. 

last match untuk group kitorg, lawan team daus arifin. budak2 kecik je kot, tapi boleh tahan permainan diorg. malas nk story game ni. kitorg mng 3-0. okay. 

AMKMJ juara kumpulan B. so kitorg akn jumpe naib juara kumpulan A. jumpe team haziq el fikri. target kitorg nk ke final je. jumpe team haziq ni kira steady sikit lah kan. finally, kitorg mng n mara ke final. 

kt final, jumpe team hadi lg. naz ckp, xde apelah. kitorg pun main steady je. final paling best. masa ni, semangat aq dah down giler. yelah, aq lead defend, kalau terlepas, salah aku lah. sbb aq kene backup kiri kanan. start je match, dah xpikir takut lagi dah. pikir nak menang. final mmg terbaik giler. kitorg asik attack n bnyk terlepas peluang gol. yg team diorg pulak, sampai kt defend je xlepas. haha. tapi paling best n paling aq ingt, bola yg aq clear sekuat hati mcm melepas perasaan kene hadi. xtaulah aq kalau tgn die sakit ke ape mase tu. haha. btw, padan muke. jgn kurang ajar dgn kitorg. main bola relax, kw nak ngnjing2. kene sound dgn naz, tau pulak nak takut. "relax naz, relax. main bola kan". xleh bla ayt budak ni. haha. naz mase match ni panas giler kot. sampai wisel penamat, 0-0. terpakse lah penalti. serius aq lemah bile penalti. kitorg kalah pun kalah penalti. naz selaku captain AMKMJ ckp, xkisah sgt sbb klh pnlti. yg pntg, kitorg dh main dgn baik. team AMKMJ paling gempak ! love u all !



*ad satu bnde aq xpuas hati. jap ea. 

Muhammad Shahrin
Manchester City (F4+F3) VS Norwich City (F5). (FINAL)
FT : 0-0 (penalty 3-2). :)
* thanks to our coach Muhd Ilham, Syazwan Razali n FiFi Fairuz Farezz . :D
hahah -_=


*panas giler beb hati aq. kw ingt kw punye MAN CITY dah bagus sgt ? walaupun kitorg NORWICH CITY, game kitorg lg bagus dr korg. silap2 masa kitorg attack, kw dah goyang giler babi. xgol, nasib je tu. kw nk mng sgt ? amik lah. penalti je kot. kalau main 7minit semalam, korg dah kalah tau ? huh ! nk rematch? jom. xde hal lah. seriusly, aq bengang giler. kw ingt kitorg ni bodoh2 ape ? err. damn ! 







Tuesday 31 January 2012

Aku dan Ubat



ubat ubat ubat. kenape sakit je kene mkn ubt ? ad ke sakit yg xpyh mkn ubat ? kan bez klu sakit mkn gula2. haha. aq ni dah la xsuke mkn ubt, tp trpaksa mkn bila dah sakit. klu nk cepat baik, kene lah kn ubat. kn ? 

dah berapa hari aq xsihat, baru hari ni aq amik mc pergi klinik. nasib lah ad kawan yg sanggup teman pergi klinik td. ewan atau name sbnrnya muhammad erwan fahmi, seorang kwn yg baik, prihatin n rajin. die always ad bila aq perlukan kwn n untuk pgtahuan u all, die lah my truly bestfriend. tp die da abis bljr n skang keje dgn abg sdare die. bila die balik kota baru kitorg hang out same2. biase g mkn, snooker, mancing n ape2 yg berkaitan dgn lepak. 

back to the story aku dan ubat. bila dah smpai klinik, g la daftar. fuhh, ramainya manusia yg nk jumpa dgn doktor untuk dptkan rawatan. xpela, demi nak sihat, tunggu lah sampai giliran aq. lamanya nk tunggu. nasib lah si ewan ni ad teman kn aq. so, ad lah teman berbual. sambil2 bual, main game dkt xperia8 ewan. xdelah bosan sgt bila tunggu. tp aq kesian dkt die, yelah, terpaksa tunggu aq. sorry wan. kw dah mcm abg aq dah, sanggup buat ape je untuk aq. hehe. sayang kw ! 

"58", panggil nurse di pintu bilik doktor. aq pun masuk lah. bila dah masuk, doktor tu pun cek n tanya ape masalah. aq pun ckp lah bla bla bla. then, doktor ckp die bg ubat n makan ubat. ok dah. aq pun ckp lah terima kasih n keluar. dpt mc 1 ari. klu esk xsihat lg, kene pergi sekolah ke? ape2 pun, wait esk. klu xsihat lg, rehat ajelah kt rumah. 

"muhamed norle", panggil nurse yg kt kaunter ubat. "ni ubat bla bla bla..... semua rm24", kate nurse tu. aq pun xckp bnyk lah, terus bayar je. then keluar n pergi makan jap. dah mkn, teman si ewan ni g beli brg mancing. ni lah hobi die, mancing mancing mancing. bila aq ikot die mancing, aq msti tido. xkira lah atas moto ke, atas tanah ke, rumput ke, aq tetap tido wlaupun 10minit. sbb, aq xsuke mancing. hehe.

makan sudah, beli barang mancing pun sudah. ewan hantar aq balik dgn moto scoot abg sedare die. dh sampai umah, aq terus lah pergi mkn ubat. ubat 3jenis je n slh satunya ubat batuk. ubat batuk ni warne merah, sirap. bau pun sedap, tp bile dah masuk mulut, serius xsedap ! nk muntah pun ad. lg sedap ubat batuk cap ibu dan anak. ubt batuk cap ibu dan anak ni, aq siap jilat2 sudu sampai licin berkilat. tp klu ubat batuk ni, setitik cukup lah. aq ni jenis yg kurang suka mkn ubat. tp bila sakit, makan lah. klu mase kecik2 dulu, mkn ubat je muntah. pernah jugak buang. tgk mcm makan, tp buang dlm singki. haha. tulah aq mase kecik. 

ada x sesiapa kawan2 aq yg nk jadi saintis ke, doktor ke, klu ad, buat ubat yg mcm gula2. biar sakit mkn gula2, bukan mkn ubat. haha. 

sekian. 

Monday 30 January 2012

Maafkan abg, adikku..






kejadian ni berlaku beberapa minit yang lalu. aq rase lg selesa bila tulis kt blog kot. yelah, blog ni dh mcm tmpt menumpang kasih. haha. let the story begin .....

aq baru melelapkan mate dgn harapan dpt lah tido sejam dua untuk rehatkn diri aq yg xberape nk sihat ni. bila tgh sedap tido, xdelah sedap mane, rase mcm baru tido kot. aq terdengar jeritan budak menangis. aq ingt mimpi ke ape, rupenye adik aq tgh menangis menjerit jerit. aq pun dgn perasaan yg bengang, marah, bingit, serabut n ape2 jelah, bangun dr katil n terus turun bawah. jejak je kaki aq kt ank tngge yg terakhir, aq nmpk bnyk darah dr depan bilik air, smpai ke dalam bilik air n sampai ke air yg dalam besen serta pd dinding. adik aq dkt dlm bilik air dh mnangis melalak lalak. biasa lah budak kecik bila luka, sape yg xnangis melalak lalak kn? aq mse kecik pun nangis mcm tu kot. tp kdg2 tu ad la cover2 sikit. hehe. 

back to the story adik aq nangis. aq pun tanpa pkir ape2 terus menjerit marah dgn mengeluarkan pertanyaan, "apsal?? hah! apsal kw?? apsal tgk kw?? basuh sekarang!" adik aq sambil menangis nangis kesakitan n kepedihan, "sakit! sakit!". mase tu mmg perasaan marah menyelubungi diri. mmg xde rase kesian langsung. aq dgn marah bersuara lg, "g basuh, aq hntar kw pergi hospital. cepat! biar kene jahit!". "xnk bang, xnk. sakit! sakit!", adik aq mencelah. "kalau xnk, basuh smpai bersih. jgn bg darah keluar", aq bersuara. lepas dah siap bersihkan, aq suruh adik aq pergi tndas sebelah. aq nk bersihkn darah2 kt dlm bilik air tu. bila darah2 dh bersih, aq pergi tgk adik aq kt sblah. aq pergi amik kapas n bg kt die suruh die tekap smpai darah xkeluar. then, aq tanye die, "mcm mne bole darah?". adik aq jawab dgn takut, "xnk ckp, nanti abg marah, abg hntar pergi hospital". berkali kali aq tanye bende yg same n bende tu jugak yg dia jawab. adakalanya dia diam seribu bahasa. masa ni perasaan aq dh low, dah ad belas kasihan. haha. masa ni jugak lah perasaan sedih menyelubungi diri. aq nk jadi abg yg baik untuk adik2 aq, tp kenape aq marah2 die td ye? bukan marah ape, marah sbb syg, risau n amik berat. aq xnk la dia buat bnde yg same lg. aq tanya, "abg ckp baik2, jawab baik2, jgn buat abg marah lg". lepas aq ckp mcm tu, die terus jawab, "kene benda ni" sambil ajak aq pergi depan tunjuk sebilah pisau pengasah pensil. "yg pergi main bende alah ni buat ape?, dah, pergi kemas mainan2 ni sume" lalu ambil pisau tu terus buang. then, aq amik mop kt bilik air, mop lantai yg ad tompok2 darah. banyak betul darah. budak2 mmg bnyk darah ke? tp apsal drakula xcari budak2 nk hisap darah? dia cari prmpuan jugak. eish3.. eh, apsal tibe2 pasal drakula pulak ni. errr!! =.=

bila dh mop lantai, dh lap dinding, terus pergi dekat adik aq. tgk keadaan tgn die. dah okay! darah xkeluar lg. aq pun suruh die ikot aq naik atas sbb nk balut jari die. sebelum tu, aq suruh die bwak gunting naik atas. harap2 lah gunting tu xgunting tgn die pulak. bile dh kt bilik, aq pun balut  jari die. ltk mnyk sikit sebelum tu. biar cepat kering. dah siap! aq pun suruh adik aq g dduk kt bawah diam2, tidur ke ape ke. bila dh siap tu, aq pun on la komputer riba aq ni n tulis cter ni. blog ni aq anggp mcm tempat aq meluahkan ape2 yg aq rase perlu. klu ad org nk baca, baca lah. xnk sudah. aq xpaksa.

apa kena mngena citer ni dgn tajuk? okay, sebenarnya aq dah marah adik aq masa die mmerlukan pertolongan. xpatutlah klu org mnx tolong, kita marah. aq bukan sengaja nk tengking n marah adik aq. tp bila kita tgh rehat sbb penat, tiba2 dgr budak2 menjerit, sape yg xmngamuk kn? btw, aq betul2 bersalah sbb marah die. aq xptut buat mcm tu kt die. ape2 pun, abg mintak maaf ye adik, abg syg adik2 abg sebab korg lah segalanya bg abg.

*budak2 kecik mmg nakal sikit. sume bende die nak main. tp yg dewasa ni kene lah perhatikan ape yg diorg main. jgn smpai mainan tu merbahaya untuk diorg. kang xpasal pasal mndtgkan kecelakaan. so, nasihat dr aq, jaga n perhatilah adik2 anda dgn baik. 






*cian adik abg ni. maafkan abg ye syg. tulah, budak nakal mmg mcm ni. selagi xkene, xserik. so bile dh kene, xnk kene lg. jgn nakal2. nanti bila dh besar, dh pndai guna internet, bace blog abg ni. baru rashid tau, knape abg marah rashid td. abg syg rashid! 

*blog abg xdelah cantik sgt, just untuk menulis n baca je. bukan untuk masuk contest ke ape. 





sekian... :)

Sunday 29 January 2012

Beruntunglah Dikau Wahai Lelaki Soleh



Setiap lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar di dunia...
Memimpin wanita menuju ke syurga...
Namun sedarkah anda lelaki soleh mempunyai ganjaran yang sangat besar di Syurga kelak...
Ganjaran yang tiada tolok banding kenikmatannya...
Sekiranya anda mengamalkan "Ammar Ma'ruf Nahi Mungkar"
Maka berbahagialah wahai lelaki soleh...
Bidadari Syurga menanti anda...
Sebagai isteri di Syurga...


Wahai lelaki soleh, tidakkan anda sedar Bidadari Syurga itu :-


Matanya bak jeli laksana permata yang tersimpan baik tidak terusik
Kulitnya putih seakan-akan telur burung unta yang tertanam elok didalam pasir tidak ternoda
Usianya yang sentiasa remaja tidak tua makan dek usia
Sekiranya anda memeluk bidadari tersebut anda akan dapat melihat wajah anda sendiri di pipi bidadari tersebut yang lebih bersih dari cermin
Bidadari ni juga suci lagi menyucikan. Mereka tidak ada tempoh 'cuti' atau period.
Dalam diri mereka penuh dengan cinta dan kasih sayang hanya untuk anda wahai lelaki soleh.
Mereka hanya akan membuaikan ucapan cinta yang tidak pernah anda dengari dimana-mana
Penglihatan mereka terjaga hanya untuk melihat anda. Tidak ada lelaki lain yang pernah melihat mereka selain anda.
Mereka sentiasa menundukkan pandangan mereka yang hanya khas untuk anda
Wangi nya tubuh sang bidadari ibarat, sekiranya mereka menampakkan diri ke bumi nescaya antara bumi dan langit dipenuhi bau wangian dari tubuhnya..
Andai mereka mengeluarkan telapak tangannya diantara langit dan bumi, nescaya semua makhluk akan terpesona dengan keindahannya.
Sekiranya wajahnya pula ditunjukkan maka kecantikannya akan menerangi antara langit dan bumi.
selagi mereka tidak berjumpa dengan anda, mereka akan sentiasa mendoakan anda semasa anda di dunia


  "Ya Allah tolonglah dia dalam menjalankan agama, hadapkan dia dengan hatinya untuk taat kepada-Mu dan sampaikan dia kepada kami, demi kemuliaan-Mu waha Tuhan Maha Penyayang di antara semua orang yang penyayang"





Subhanallah,ya Allah indah nya ciptaan Mu untuk lelaki soleh...
"Tahukah anda wahai lelaki soleh, jumlah bidadari yang di ciptakan untuk seorang lelaki soleh sekurang-kurangnya dua orang bidadari sebagai isteri." ( HR Bukhari 6/230,232 dan Muslin 2834)..
Ada juga hadis yang menyatakan jumlahnya mencecah 72 orang untuk setiap lelaki soleh..
"Wahai lelaki soleh ingatlah di Syurga anda akan dilayan sekurang-kurangnya 80,000 orang pelayan dan 72 orang isteri." (Hadith Abu Sa'id Al-Khudri r.a).
Sekiranya isteri anda di dunia tidak patuh pada arahan anda setelah anda mendidik nya dengan baik maka, isteri anda di syurga akan mendoakan kecelakaan terhadap isteri anda didunia tersebut.


Tidak kah anda mahu bidadari syurga seperti itu.Yang diciptakan khas untuk anda.


Kenikmatan yang anda miliki di syurga, tidak akan sama kenikmatan di dunia bersama isteri anda.


Malah lebih hebat lagi kenikmatan nya bersama isteri anda di syurga kelak...


Berusahalah wahai lelaki untuk menjadi lelaki SOLEH.


Kerana anda perlu berjumpa dengan isteri anda sang Bidadari Syurga yang telah Tuhan ciptakan khas untukmu.


 Sesungguhnya cemburunya wanita dunia dengan Bidadari Syurga yang lebih sempurna untuk anda...

Jenis2 Keadaan Mayat Di Dalam Kubur

7 JENIS MAYAT DIDLM KUBUR

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.

 Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. 

Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. 

Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. 

Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. 

Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat
orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.

 Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. 

Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh. 




manakah pilihan anda ? Islam itu mudah dan indah. 



Manchester United vs Liverpool

28januari, jam 8.45 malam, bermulalah game antara Man Utd vs Liverpool untuk FA Cup pusingan ke4. aq msih di rumah tunggu azwan dtg amik. before that, solat lah dulu kan. klu balik lewat, mesti xsolat punya. dlm pukul 8.55 azwan smpai n terus menuju ke kedai mamak (maqbul jaya). ptg tu dah plan nk tgk bola dgn budak2 ni. bila smpai kt maqbul, nampak si sufi so join la 1table dgn dia. 1table tu ad 6org. aq, azwan, sufi, haziq mazlan, nasir n saiful. 


kt maqbul tu aq rase table kitorg yg paling kecoh n bising. nasib lah org nk ckp ape pun. kitorg sume smgt bola ! haha. dr 6org kt situ, si sufi dgn saiful xsuke Man Utd. sufi Liverpool , saiful Chelsea@Liverpool. bola dikuasai Man U and Haziq mazlan sebagai komentator man u. game masa tu mmg best, masing2 cari gol, tp liverpool bnyk mnyerang. man u hanya sementara2 singgah ke gol lawan. cubaan man u not bad, bole tahan tp mungkin xde luck nak gol kn. its okay la. good try. aq rase Pepe Reina pun dh goyang mse cubaan kene tiang tu. beberapa minit lepas tu, liverpool gol ! oh tidak !! betapa sakitnya hati aq, haziq, nasir and azwan. gol bodoh je kot. Dea Gea still baru lagi, tgk pun mcm takut2. apsal ferguson xletak lindegaard?? aq rase lg bagus dr dea gea. lepas je liverpool gol, sufi punya la suka. bising pulak tu. xpe, sabar2. baru minit ke berapa. relax la. kitorg maki2 man u main. performance diorg xberapa bagus kot masa game tu. star ramai xmain mcm rooney, nani, berbatov (in last minit). xpelah, biar lah ferguson susun budak2 dia main mcm mane. sape lah kitorg nk susun kan. ape yg kitorg tau just watch the game, comment. 


Man U masih mencari peluang untuk gol. tak sangka betul dgn hantaran dr sebelah kanan membolehkan J S Park menyumbat gol penyamaan. kitorg ape lg, mau xmelompat. org lain tgk bola relax je mcm tgk drama tapi kitorg mmg semangat bola sampai menjerit2, melompat semua tu. mmg masa tu sufi kene bahan habis2. org kt table lain pun tgk kitorg yg mcm monyet ni. over giler. btw, tulah kitorg bila tgk bola.. hehe. sufi dah terdiam membisu seribu bahasa. bila tanya, "asal diam fi?". dia jawab "ngntuk". haha. xleh bla giler jwpn dia. tersentap kot bila dh seri tu. man utd bole tahan bagus serangan diorg lepas dapat gol. 


PRITTTTTTT PRITTTTTTTTTTTTTTTTTTT, wisel tamat separuh masa pertama berbunyi. 
waiting to the second half.


second half pun bermula. kali ni, man u main kurang bagus. kurang bertenaga n ape2 ajelah. bnyk kene serang n aq xtau ape masalah dea gea. bola xleh tngkap, clear je lah terus, ni bg bola2 bodoh je kt liverpool, nasib xgol.. panas gila bile tgk second half. sufi dr terdiam terus bersemangat. masing pun dah lapar bila tgk game ni. kitorg pun order. sufi mula keluar kn ayat2 manis dia kt epul suruh epul belanja dia makan.. haha. ape pun xbole. mnx makan yg mahal je. nasi goreng ayam.. sufi sufi. si azwan xhabis2 dgn nasi goreng kg dia. kt mamak mne ad nasi goreng kg azwan oi. last2 dia mnx jugak nasi goreng ayam sama mcm sufi n epul makan. aq ? xlain xbukan, roti kosong 2keping. duit pun cukup2 mkn roti je kn, ape bole buat. tp roti kosong sedap ape.. haha. dah abis makan, aq still lapar lg. rasa mcm nk tambah je lg roti, tp xpelah. malas nk tnggu, game pun nak habis dah. 


Haziq dgn yakin ckp, ad mse tmbahan ni. kejap lg liverpool gol last2 minit. mak aih, bengang gile kot mase tu. man u main pun dah lemau. dea gea lg la, aq xtau ape die buat. errrr !! sufi dah suka. dah mula die punya menganjing. xpelah sufi, man u bg liverpool mng. yelah, liverpool kn xdelah hebat sgt kt EPL. FA cup ni man u kata, amik lah, aq xnk pun.. haha. dah nak habis masa, liverpool masih mnyerang n man u ? still terkotak katik nk dpt kn gol, tp xde luck kn. aq pun pergi lah byar kt kaunter. "teh o ais 2, roti kosong 2". "4ringgit". balik ke table, dduk lepak kejap. sufi masih lagi tersenyum gembira and aq rase mcm nk tampar je muka dia. haha. bila sume dh bayar, kitorg pun balik la rumah masing2. hati aq still panas sbb Man Utd kalah. xpelah, xde luck kot. btw, aq tetap dgn MANCHESTER UNITED !! 




MANCHESTER UNITED !!